SMART Success Team

 Mencapai Impian bersama-sama

 Smart Naco !

 

Khairul Aza

(Pengasas SMART Success Team)

Zulkifli Hassan

SMART Success Team Member

Laman Utama

Kenali Saya

Journal (My Blog)

Testimoni Sukses

Testimoni Produk

 Forum SST

Artikel kesihatan

 

 

Percuma e-buku Mailbox Money (pdf)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Nama saya Zulkifli Hassan. Saya berasal dari Balik Pulau, Penang dan masih menetap di Balik Pulau. Saya besekolah rendah dan menengah pun di Balik Pulau. Cuma saya dapat melanjutkan Pelajaran saya di University of Missouri Rolla, Amerika dalam bidang Mechanical Engineering. Kembali dari Amerika saya terus bekerja di beberapa Syarikat Multinasional  seperti SONY, IOMEGA dan Venture.

Saya mempunyai Keluarga yg agak besar (gambar atas)dan isteri saya adalah seorang guru di MRSM Balik Pulau. Sebenarnya saya sungguh seronok tinggal ditempat kelahiran saya sendiri namun apa yg saya nampak kaum bumiputra semakin terhakis di Pulau Pinang ini dengan tumbuhnya taman-taman perumahan mewah. Lalu saya mula terlibat dalam part time business setelah ramai yg memperkenalkan MLM pada saya, dgn tujuan membantu mempertingkat minda dan peluang ekonomi bumiputra. Namun, banyak janji manis sahaja sebab upline tak tahu nak tolong sangat, dan business menjadi sangat susah bagi saya. Akhir sekali saya mengambil keputusan tidak mahu lagi terlibat dalam MLM. Namun saya masih tercari-cari peluang membuat duit apabila saya mengalami tekanan kerja yg agak teruk seperti terpaksa bekerja 2-3 bulan di Amerika dan S'pore dan terpaksa berjauhan dengan famili. Saya akhirnya mencuba menjadi Agen Insurance dan  Perunding Saham Amanah. Saya menimba ilmu yg agak banyak dari industri ini dan bercita2 menjadikan Career sebagai Perunding Saham Amanah sebagai fulltime job mengantikan pekerjaan saya sebagai Jurutera yg agak lumayan gaji bulanannya.

Namun dalam process pertukaran kerja saya tu, Khairul Aza telah memperkenalkan saya dengan Smart Naco pada bulan May 2005 dan seperti biasa saya memang join. Boleh kata semua MLM saya join sebab tak nak hampakan teman-teman. Namun kali ini saya dibekalkan oleh satu VCD yg bila ditonton membuatkan kita terlalu ingin mencuba product susu Igg. Saya pun mencuba susu Igg untuk wife saya.

Wife saya sudah mencuba pelbagai produk direct selling seperti Gamat, Cendawan, dan entah apa lagi produk yang lain-lain... tapi kesan dia tak ketara, Wife saya akan diserang asma seminggu dalam 2-3 kali juga. Bila kena asma saya terpaksa bawa beliau pergi klinik dan kalau teruk akan di masukkan gas (pam).

Kami pun dah lali, namun selepas wife saya minium susu ini, hari ke hari dan minggu ke minggu serta bulan ke bulan, penyakitnya belum menyerang lagi dan ini telah memberikan keyakinan pada saya akan kehebatan susu igg ini. Saya sangat bersyukur di atas nikmat yang Allah swt berikan ini.

Selepas itu Khairul Aza yang perkenalkan susu Igg ini menunjukkan cek dia untuk bulan pertama sudah menjangkau 4 angka. Saya pun teruja dan terus buat walaupun tak faham marketing plan sangat.

Bulan pertama saya dapat RM20. Selepas itu saya telah menduplikasikan SMART Success Sistem dan bergerak secara online. Saya terus dan terus bergerak tanpa menoleh ke belakang lagi, dan akhirnya bulan September saya menjadi PD dengan pendapatan hampir mencecah 5 angka. Sungguh tak di sangka ianya begitu cepat sekali.

Dan yg paling penting dalam hidup saya, Smart Naco telah mempercepatkan saya keluar dari Pekerjaan makan gaji 8am-8pm setiap hari dan berdikari untuk menjadi seorang Usahawan terbilang insyaAllah. Dengan berada dalam kumpulan SMART Success Team saya sentiasa diberi peluang untuk belajar dan mengajar. Tak sangka dah ramai rakan kongsi saya dalam kumpulan saya dah mula mencapai income 3-4 angka. Mereka seronok dan saya pun seronok.

Kini impian saya untuk mencapai kejayaan di dalam bidang MLM melalui Smart Naco menjadi kenyataan. Kehebatan produk seperti IGG Plus, Oyster Plus, Naco Spirulina dan Naco Royal Jelly telah menjadi sebutan ramai. Kini rangkaian SMART Success Team telah berada di setiap pelusuk tahahair. Khairul Aza telah menyediakan forum khas untuk kumpulan SMART Success Team berinteraksi sesama sendiri di internet.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cerita perjalanan saya di Smart Naco, anda boleh melayari journal atau blog saya di sini. Sila klik di sini untuk pergi ke blog (journal) saya di internet.

Sekian Terima Kasih


  //-->

Request Information


Powered by Responders.com

 

 

Laman Utama | Kenali saya | Journal (My Blog) | Testimoni sukses | Testimoni pengguna | Forum SST | Artikel kesihatan

 

 

Copyright © SMART Success Team (Success Profile Ent) - 2005. All Rights Reserved.

Disclaimer : Ini bukanlah laman web rasmi syarikat MLM yang kami wakili. Sebarang maklumat yang terdapat di
dalam laman web ini tidak di endorse oleh mana-mana pihak. Jumlah pendapatan yang anda perolehi adalah tidak
di jamin dan tiada guarantee. Walau bagaimanapun, jika anda melakukan perniagaan ini dengan bijaksana anda
mampu memperolehi pendapatan yang lumayan. Testimoni produk adalah hasil temubual dengan pengguna dan
tidak di endorse oleh mana-mana pakar perubatan.